Wednesday, January 20, 2010

KAYUHAN SEMUJI

Baca Selanjutnya...

Wednesday, December 23, 2009

SEBAGAI RENUNGAN UNTUK BIKERS....

Salam kepada semua peminat MTB... Di sini admin MbikeJBC ingin berkongsi cerita mengenai pengalaman yang dilalui oleh Group MastanaMTB semasa mereka menjalani rutin  latihan dan kayuhan.. dan penulis rasa elok juga pembaca terus membaca catatan admin MastanaMTB kisah yang mereka lalui dan sekurang-kurangnya menjadi panduan dan pedoman kita....

Dipetik dari :   MastanaMTB

Salam pada semua Riders.....

Kali ini riders mastana ingin berkongsi pengalaman dengan anda semua....

Kisahnya bermula pada 16hb dis.2009 berkisar pada jam 6ptg, dimana kami telah menjalankan rutin kelab kami berkayuh.Sepanjang penglibatan kami dalam sukan berbasikal,ini lah kali pertama kami dipau rm40 bagi melalui kawasan yang tidak dipacakkan dengan amaran "Kawasan persendirian penceroboh akan didakwa" di sekelilingnya. Dimana kawasan yang kami lalui ini merupakan syurga bagi pendakian dan penurunan bukit, mana-mana riders akan tergoda.
Kami telah berkayuh hingga kepuncak bukit dengan harapan laluan itu dapat disambungkan dengan laluan yang biasa kami lalui....malangnya jalan mati.Kami mengambil keputusan berpatah balik dan tidak melalui jalan yang mula-mula dilalui, ini kerana ia menuruni bukit. Sesampainya dikaki bukit, kami dapati kawasan itu mempunyai kantin, rumah kotai dan pintu pagar,dimana terdapat 2 lelaki,2 perempuan dan seorang kanak-kanak perempuan. Salah seorang daripada kami telah bertanya kepada salah seorang daripada lelaki itu arah jalan, sebaliknya diherdik dan terus berlari ke pintu pagar lalu menutup dan menguncinya yang sebelum tu terbuka. Kami dimarahi dan di ugut untuk menalipon polis kerana menceroboh sedangkan papan tanda amaran tiada langsung.
Kami memohon maaf tetapi dibalas dengan jawapan yang angkuh bagi seorang melayu tak tau islam ke tak....Beliau telah menalipon "owner" kawasan itu yang katanya seorang datuk.....dan menceritakan tentang kami. Salah seorang daripada kami telah dapat bercakap dengan datuk....dan meminta maaf tentang kejadian itu dan kami diarahkan memberi kan rm10 seorang kepada "balachi" beliau dan baru dibenarkan beredar. Selang beberapa minit, datuk tadi menalipon semula "balachi"nya supaya memeriksa kami samaada membawa kamera. Selepas berpuas hati barulah dilepaskan.

Kisah ini bukan la apa sangat tapi apa yang kami dapat dari pengalaman ini ialah sikap angkuh orang melayu yang kaya dengan budi bahasa....dan seorang yang bergelar datuk mengajar orang biasa memberi dan menerima rasuah.....dan sekiranya pekerjaan dan perniagaannya berseh dan betul tak perlu la takut.....

Sekiranya Riders-riders ada komen silakan......

Baca Selanjutnya...

Wednesday, December 16, 2009

KLUANG MTB FUN RIDE 2009

Gambar Ehsan Blog Lala MTB

Saudara Jai & Cikgu Kamaruzaman : Gambar Ehsan Lala MTB

 

mbikejbc

Group Mbikejbc: Gambar Ehsan Lala MTB

Pak Tam

Pegawai Keselamatan turut membantu: Gambar Ehsan Lala MTB

Baca Selanjutnya...

Wednesday, November 25, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA 2009


Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.
Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.
Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.
Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.
Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.
Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat akan diadakan pada sebelah pagi, biasanya agak awal sedikit Hari Raya Aidil Fitri.
Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.
Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.
Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.
Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam akan berbondong-bondong melawati perkuburan orang yang disayangi. Semua orang akan memakai pakaian baru dan selepas itu yang muda akan memohon kemaafan daripada yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi sesama mereka.

Baca Selanjutnya...

Friday, November 20, 2009

Epic Ride 2009 di Plentong, Masai Johor

Big GrinEpic Ride 2009 di Plentong, Masai Johor pada 15 Nov.2009 yang lalu.
Seramai 6 orang group member JBC : layut, Jai, Pucat, Rap, Paktam dan
Hafiz telah menyertai Epic Ride 2009 di Plentong, Masai Johor pada 15
November 2009 yang lalu dengan melibatkan kayuhan sejauh 55 kilometer.
Kesemua member Group telah berjaya menamatkan kayuhan dalam jangka masa yang ditetapkan walaupun keradaan track yang begitu menyeksakan kerana hujan telah turun pada hari sebelum dan hari program ini berlangsung. 2 orang member group telah berjaya dalam cabutan bertuah : Rap memperolehi Rantai Bicycle dan Pucat memperolehi Pouch Beg Bicycle.

 

Sumber berita: En. Megat Ahmad (SU.JBC)

Baca Selanjutnya...

SAMPAIKAN PESAN ANDA


Nama
E-Mail
Perkara
Pesanan
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]

Template by - Abdul Munir | Daya Earth Blogger Template